The Course finder will help you filter through our entire range of courses. You can browse by level, discipline or institution.

NEWS
01 Feb 2017
 

MDIS rancang perluas rangkaian institusi pendidikan ke lebih banyak negara

MDIS in the News

INSTITUT Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS) merancang meluaskan rangkaian institusi pendidikannya ke rantau Asia Tenggara dan Asean.

Ini termasuk beberapa negara Asean seperti Myanmar, Filipina, Laos, Indonesia dan Kemboja selain Sri Lanka serta India.

Setiausaha Agung MDIS, Dr R Theyvendran, memberitahu bahawa rancangan itu terangkum dalam perancanaannya mahu menembusi potensi lebih banyak negara di Asia.

Beliau memberitahu demikian dalam pertemuan dengan media setempat sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, beliau berakat pihaknya turut mencari bakat setempat untuk menguruskan pembukaan kampus MDIS di serata negara itu kelak.

“MDIS merancang membuka enam atau tujuh kampus lagi di luar negara.

“Kami memerlukan bakat setempat dalam menguruskan kampus dan pelbagai bentuk pengurusan di luar negara,’’ ujar Dr Theyvendran.

Menurutnya, MDIS telah ditanya beberapa pihak berkuasa dari negara-negara tersebut berhubung kemungkinan MDIS menubuhkan kampus di luar negara itu.

MDIS berpengalaman dalam menubuhkan kampus di luar negara seperti MDIS Tashkent, ibu kota Uzbekistan, didirikan pada September 2008 yang telah mendapat sambutan hangat dari pelajar di sana.

Ia juga melabur di Iskandar Malaysia bagi membangunkan sebuah kampus pendidikan tinggi di EduCity@Iskandar yang dilengkapi dengan asrama.

“Malaysia adalah pusat pendidikan bagi kami dan kini seraai 7,500 pelajar mendaftar di sana dan memulakan pengajian di City Square buat masa ini sebelum berpindah ke kampus baru pada Jun ini. Namun ingin kami tegaskan bahawa kampus di Singapura masih menjadi nadi perkembangan pendidikan kami di sini,’’ ujar Dr Theyvendran.

Ditubuhkan pada 1956, MDIS ialah institut profesional bukan mencari untung tertua Singapura.

 

Source: Berita Harian, 1 February 2017 © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction. Click here to view PDF.

NEWS Archive
Local Enquiries
etc@mdis.edu.sg
+65 6247 9111
ib@mdis.edu.sg
+65 6278 8000
International Enquiries